Sunday, June 1, 2008

Hadapi Peperiksaan dengan Yakin

HADAPI PEPERIKSAAN DENGAN YAKIN

Panduan berguna untuk anda yang bakal menghadapi peperiksaan:


  • Doa sebelum belajar. Maksudnya:"Ya Allah, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafazan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir dengan-Mu. Kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani."
  • Jadilah ulat buku yang diredai dan belajar bersungguh-sungguh tanpa mengenal jemu
  • Sentiasa bersikap tenang dan tidak mudah gelabah dalam menghadapi peperiksaan
  • Penuhkan masa anda dengan membaca dan lakukan perkara yang berfaedah
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Ingat setiap isi penting dan fakta penting
  • Buat ulang kaji pelajaran setiap kali balik ke rumah
  • Tubuhkan kumpulan belajar
  • Menghormati guru adalah salah satu amalan penting untuk berjaya
  • Berdoa kepada tuhan agar diberi petunjuk dan hidayah
  • Makan KISMIS kerana baik untuk merangsangkan otak untuk mengingati sesuatu
  • Catatkan semua fakta yang anda ingat
  • Buat nota kecil dan bawa ke mana-mana sahaja anda pergi. Baca ketika kelapangan
  • Jangan ketinggalan untuk menghadiri kelas tambahan yang dibuat di sekolah
  • Restu dan doa ibu bapa adalah tangga kejayaan
  • Tidur secukupnya untuk mendapatkan badan yang segar dan makan makanan yang berkhasiat.


No comments: