skip to main |
skip to sidebar
Cara-cara Mengubati Perasaan Marah
- Sentiasa ingat kepada tuhan dan ingatlah bahawa marah itu merupakan sifat buruk yang tidak disenangi oleh orang lain.
- Cuba bawa bertenang.
- Ingat kembali perlakuan buruk kita apabila marah dan bandingkan dengan rupa orang yang sabar dan bersopan.
- Fikir semula mengapa kita harus marah. Nilai semula punca yang menyebabkan kita marah, sama ada wajar atau sebaliknya.
- Sentiasa ingat bahawa permusuhan, keganasan, perpisahan dan perceraian boleh berlaku disebabkan oleh perasaan marah.
Cara-cara berhadapan dengan orang yang sedang marah
- Beri peluang orang yang sedang marah itu bercakap atau meluahkan terlebih dahulu punca kemarahannya.
- Tidak menyampuk dan merendah-rendahkan percakapannya. Sebaliknya jadi pendengar yang setia.
- Kaji punca kemarahannya dan cuba atasi. Sekiranya berpunca daripada kesilapan sendiri, sebaik-baiknya kita saja yang minta maaf daripadanya.
- Bertanya beberapa soalan yang boleh membantu dia menyelesaikan masalah.
- Terima kemarahannya itu dengan tenang.
No comments:
Post a Comment