Ada seorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma untuk orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu.
Budak: Derma apa bang ?
Lelaki: Derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?
Budak: Nanti sekejap. Saya ambilkan atuk saya.
Lelaki: ????
Moral : Ingati jasa orang tua
Thursday, June 12, 2008
Tuesday, June 10, 2008
MARAH
Cara-cara Mengubati Perasaan Marah
- Sentiasa ingat kepada tuhan dan ingatlah bahawa marah itu merupakan sifat buruk yang tidak disenangi oleh orang lain.
- Cuba bawa bertenang.
- Ingat kembali perlakuan buruk kita apabila marah dan bandingkan dengan rupa orang yang sabar dan bersopan.
- Fikir semula mengapa kita harus marah. Nilai semula punca yang menyebabkan kita marah, sama ada wajar atau sebaliknya.
- Sentiasa ingat bahawa permusuhan, keganasan, perpisahan dan perceraian boleh berlaku disebabkan oleh perasaan marah.
- Beri peluang orang yang sedang marah itu bercakap atau meluahkan terlebih dahulu punca kemarahannya.
- Tidak menyampuk dan merendah-rendahkan percakapannya. Sebaliknya jadi pendengar yang setia.
- Kaji punca kemarahannya dan cuba atasi. Sekiranya berpunca daripada kesilapan sendiri, sebaik-baiknya kita saja yang minta maaf daripadanya.
- Bertanya beberapa soalan yang boleh membantu dia menyelesaikan masalah.
- Terima kemarahannya itu dengan tenang.
Sunday, June 1, 2008
UJIAN UNTUK KITA MENILAI DIRI
Kita Bukannya Baik untuk kata Kita Baik
- Kita bukannya pandai untuk kata orang lain bodoh.
- Kita bukanlah kaya untuk kata orang lain miskin.
- Kita bukanlah handsome untuk kata orang lain tidak handsome.
- Kita bukanlah cantik untuk kata orang lain tidak cantik.
- Kita bukanlah baik untuk kata orang lain jahat.
- Kita bukanlah alim untuk kata orang lain tidak alim.
- Kita bukanlah kuat untuk kata orang lain lemah.
- Kita bukanlah berani untuk kata orang lain penakut.
- Kita pandai jukalau kita sebarkan ilmu kepada orang lain.
- Kita kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kepada jalan kebaikan.
- Kita handsome jikalau kita tidak meninggi diri.
- Kita cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain.
- Kita baik jikalau kita mengajak orang lain ke arah kebaikan.
- Kita alim jikalau kita memperuntukan sebahagian rutin seharian kita kepada TUHAN.
- Kita kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah.
- kita berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara.
Hadapi Peperiksaan dengan Yakin
HADAPI PEPERIKSAAN DENGAN YAKIN
Panduan berguna untuk anda yang bakal menghadapi peperiksaan:
- Doa sebelum belajar. Maksudnya:"Ya Allah, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafazan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir dengan-Mu. Kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani."
- Jadilah ulat buku yang diredai dan belajar bersungguh-sungguh tanpa mengenal jemu
- Sentiasa bersikap tenang dan tidak mudah gelabah dalam menghadapi peperiksaan
- Penuhkan masa anda dengan membaca dan lakukan perkara yang berfaedah
- Sentiasa berfikiran positif
- Ingat setiap isi penting dan fakta penting
- Buat ulang kaji pelajaran setiap kali balik ke rumah
- Tubuhkan kumpulan belajar
- Menghormati guru adalah salah satu amalan penting untuk berjaya
- Berdoa kepada tuhan agar diberi petunjuk dan hidayah
- Makan KISMIS kerana baik untuk merangsangkan otak untuk mengingati sesuatu
- Catatkan semua fakta yang anda ingat
- Buat nota kecil dan bawa ke mana-mana sahaja anda pergi. Baca ketika kelapangan
- Jangan ketinggalan untuk menghadiri kelas tambahan yang dibuat di sekolah
- Restu dan doa ibu bapa adalah tangga kejayaan
- Tidur secukupnya untuk mendapatkan badan yang segar dan makan makanan yang berkhasiat.
Subscribe to:
Posts (Atom)